Sunday, 29 July 2012

Sistem Plan Pemasaran UltimatePowerProfits

Memandangkan konsep bisnes UltimatePowerProfits ini suatu yang baru bagi kebanyakan orang maka perlulah diterangkan disini bagaimana perniagaan PowerProfits ini berjalan. Namun bagi yang telah mengenali program ZEEK, mereka akan tahu bagaimana menariknya perniagaan begini sehingga jutaan orang seluruh dunia membabitkan diri dalam perniagaan begini dan menjana pendapatan lumayan sehingga mencecah jutaan dollar.

Pada asasnya program UltimatePowerProfits ini merupakan perniagaan bercorak network marketing (MLM) yang menerapkan sistem "Penny Auction" di dalamnya. PowerProfits adalah satu bentuk perniagaan sah sebagaimana banyak perniagaan lain. Perlu dijelaskan juga bahawa pendapatan dan kewangan syarikat ini datangnya dari 4 sumber perniagaan utamanya iaitu:

1. Pendapatan  Perniagaan Penny Auction / Sistem Bidaan /Lelongan Produk ( iGoBidWin )
2. Pendapatan Perniagaan Program Affiliasi ( iGoBidWin )
3. Pendapatan Dari Wealth Building System ( MyTurnOnTop )
4. Pendapatan Dari Sistem Spinfinity ( akan diumum kemudian )

iGoBidWin
Penny Auction atau Lelongan Sesen  adalah satu sistem di mana pembida saling tawar menawar harga tertinggi bagi mendapatkan satu item/produk yang dilelong dalam satu tempoh masa yang diberi. Pembida yang menang adalah individu yang terakhir yang membida pada harga tertinggi sebelum detik masa bidaan tersebut berakhir. Tidak semua laman web lelongan adalah sama jadi pastikan anda membaca peraturan Penny Auction di UltimatePowerProfits ini dengan teliti bila ianya dilancar secara rasmi dan dibuka kepada awam. 

Dari pengalaman peribadi sendiri saya mempunyai beberapa pengalaman manis dalam sistem lelongan ini. Saya pernah memenangi beberapa produk yang baik pada harga yang sangat rendah, antaranya ialah GPS Garmin pada harga cuma RM150, hadiah kad Starbuck pada harga RM2.40 dan Pengadun KITCHENAID pada harga RM21. Sistem bidaan produk lelongan ini kadang kadang sangat menyeronokkan terutamanya bila kita berjaya  mendapatkan sesuatu produk kesukaan pada harga jauh rendah berbanding harga retails. Namun sistem lelongan ini juga berkemungkinan boleh membuat kita jadi ketagihan untuk membida. Maka sebagai pembida anda haruslah bijak!.

Sebenarnya terdapat begitu banyak laman web lelongan sesen ini meliputi berbagai produk seperti kereta, tiket konsert artis pop, kad hadiah, DVD, iPod, iPad, pakej percutian, beg tangan berjenama, dan lain-lain item popular. Bagaimana pun sama sama kita tunggu bentuk produk apakah yang bakal ditawarkan oleh UltimatePowerProfits ini. Tunggulah detik pelancaran rasminya nanti. Dan keuntungan duit bidaan sesen dari ratusan malah ribuan orang inilah yang menyumbangkan banyak pendapatan kepada syarikat untuk dikongsi dengan semua ahli ahli yang layak.

Picture
Anda Atau Siapa Saja Boleh Membida!


MyTurnOnTop
Adalah Laman Pemasaran Sosial peribadi dicipta untuk anda Menjana Peluang Pendapatan. Satu satunya yang tercanggih dan seumpamanya dipasaran. Ia merangkumi Pemasaran Sosial, edagang Sosial dan Keuntungan Sosial. Sistem ini menggunakan teknologi paten Spinfinity Ultimate Power Profits yang menjamin semua ahli (100%) akan mendapat komisyen dalam kitaran 30 Spinfinity. Tidak ada model bisnes lain yang sebaik ini. 



Kenapa Perlu Menjadi Ahli Founder PowerProfits?

Sebagai ahli founder anda diberi hak untuk berkongsi keuntungan perniagaan ini seumur hidup. Pendapatan mingguan ahli founder dijamin untuk selamanya selagi perniagaan ini berjalan. Anda cuma perlu membayar 23 dollar (sekali saja) untuk menjadi ahli founder. Bagaimana pun jumlah komisyen keseluruhan ahli founder ini berbeza beza bergantung kepada pakej Membership yang mereka pilih. Apa pun bilangan keahlian Founder yang ditawarkan adalah terhad dan boleh berakhir bila bila masa saja. Buat keputusan segera atau tawaran ini akan berakhir selamanya atau anda akan kekal hanya sebagai ahli STANDARD saja. Sebagai Founder anda akan terima komisyen setiap 3 ~ 6 hari. 



Membership

Umumnya ada 3 kumpulan membership di PowerProfits ini:

1. Customer ( pelanggan )
Pelanggan adalah sesiapa saja yang telah mendaftar PERCUMA di PowerProfits dan mereka kekal tanpa UpGrade keahlian mereka. 

2. Customer VIP ( pelanggan VIP )
Asalnya mereka sekadar pelanggan. Bila mereka ini mula membuat auto-ship setiap bulan untuk membida produk produk yang tawarkan, status mereka akan menjadi Pelanggan VIP.

3. Affiliates
Ini adalah ahli yang mendaftar PERCUMA untuk tempoh 30 hari pertama dan mula membuat auto-ship 10 dollar pada bulan kedua bagi mendapatkan website peribadi dan segala sokongan lain. Sebagai Affiliates anda layak untuk menjana pendapatan di PowerProfits dan menikmati semua faedah yang syarikat sediakan.



Produk

Setiap Pelanggan VIP dan Affiliates akan mendapat Bid Token dimana token ini boleh digunakan untuk membida atau membeli mana mana produk kesukaan mereka dalam sistem lelongan ( Penny Auction ) syarikat. Jumlah bid token ini bergantung kepada jumlah auto-ship. Setiap bidaan menyumbangkan point yang dikumpul (akumulasi) untuk kiraan agihan sharing kepada semua ahli. Manakala seorang Affiliates yang aktif juga diberi hak menawarkan produk lelongan ( Auction ) masing masing kepada orang ramai. Senarai dan jenis produk produk samada fizikal atau digital yang bakal dipertimbangkan untuk lelongan di UltimatePowerProfits akan diumum oleh syarikat kemudian. Sila dengar sendiri pengumuman menarik dari Scott Evans (owner) dalam Conference Call pertama dSINI !

Picture

Marketing Machine

Sebagai ahli/affiliates anda juga akan mendapat Marketing Machine ( Mesin Pemasaran ) yang masih dalam proses penyediaan oleh pihak syarikat. Dengan mesin ini, perniagaan anda bersama PowerProfits akan menjadi phenomenal dipasaran dunia kemudian hari. Sistem video pemasaran terkini juga akan menyusul bagi menyokong perniagaan anda. Bersabarlah menunggu saat dan waktu pelancaran rasminya.



Monthly Active Membership

Ada beberapa pilihan keahlian aktif auto-ship bulanan.

1. Keahlian COPPER - $25 Per Bulan
* Penyertaan dalam Spinfinity Power Profits
* Layak 25% MyTurnOnTop Commission
* Layak Wealth Building Profit Pool
> Dapat 10 Point Profit Sharing bagi setiap bidaan yang dilakukan di website anda.
> Dapat 1 Point Profit Sharing bagi setiap bid token yang diguna di website anda.

2. Keahlian SILVER - $50 Per Bulan
* Penyertaan dalam Spinfinity Power Profits
* Layak 50% MyTurnOnTop Commission
* Layak Wealth Building Profit Pool:
> Dapat 1o Point Profit Sharing bagi setiap bidaan yang dilakukan di website anda.
> Dapat 1 Point Profit Sharing bagi setiap bid token yang digunakan di website anda.
* Layak 25% Matching Bonus dari jumlah komisyen yang diperolehi oleh ahli ahli tajaan peribadi Level 1.

3. Keahlian GOLD - $75 Per Bulan
*Penyertaan dalam Spinfinity Power Profits
* Layak 75% MyTurnOnTop Commission
* Layak Wealth Building Profits Pool:
> Dapat 10 Point Profit Sharing bagi setiap bidaan yang dilakukan di website anda.
> Dapat 1 Point Profit Sharing bagi setiap bid token yang digunakan di website anda.
* Layak 25% Matching Bonus dari jumlah komisyen ahli ahli aktif di Level 1 dan Level 2.

4. Keahlian PLATINUM - $100 Per Bulan
*Penyertaan dalam Spinfinity Power Profits
* Layak 100% MyTurnOnTop Commission
* Layak Wealth Building Profits Pool:
> Dapat 10 Point Profit Sharing bagi setiap bidaan yang dilakukan di website anda.
> Dapat 1 Point Profit Sharing bagi setiap bid token yang digunakan di website anda.
* Layak 25% Matching Bonus dari jumlah komisyen ahli ahli aktif di Level 1 , Level 2 dan Level 3.


5. Keahlian JEWELED PLATINUM
Mana mana ahli Platinum yang cemerlang, berkemahiran dan menunjukkan ciri kepimpinan baik akan diangkat dan diiktiraf oleh syarikat sebagai Jeweled Platinum. Syarikat menghargai mereka ini dan memberi anugerah sewajarnya iaitu wang & komisyen lebih banyak.
  
Syarat asas mencapai Jeweled Platinum:
a. Menaja 10 ahli Platinum
b. Membantu setiap 10 ahli Platinum berkenaaan menaja 10 ahli Platinum setiap seorang.

Ini akan melayakkan Jeweled Platinum mendapat semua yang ahli Platinum dapat selain tambahan 25% Matching Bonus dari jumlah komisyen ahli ahli aktif di Level 4 ( Matching Bonus 25% sedalam 4 Level ).

Picture



Leadership Bonus Pool

Bonus ini dibayar setiap 3 hari hanya kepada yang berpangkat Ruby, Emerald dan Diamond.

1. Rank Ruby
* Mestilah telah mencapai keahlian Jeweled Platinum
* 20% dari Leadership Pool Bonus diagih sama rata kepada semua ahli yang berstatus Ruby.
Contoh:
Jika Leadership Pool Bonus untuk tempoh 3 hari Spin adalah $100,000, setiap Ruby akan berkongsi jumlah $20,000 ( 20% ). Jika ada 20 Ruby, maka setiap orang mendapat $1000 setiap 3 hari atau $10,000 sebulan.

2. Rank Emerald
* Mestilah telah membina 10 Ruby dibawahnya.
* 20% dari Leadership Pool Bonus diagih sama rata kepada semua ahli yang berstatus Emerald.
Contoh:
Jika Leadership Pool Bonus untuk tempoh 3 hari Spin adalah $100,000, setiap Emerald akan berkongsi jumlah $20,000 ( 20% ). Jika ada 10 Emerald, maka setiap orang mendapat $2000 setiap 3 hari atau $20,000 sebulan.

3. Rank Diamond
* Mestilah telah membina 20 Ruby dibawahnya.
* 20% dari Leadership Pool Bonus diagih sama rata kepada semua ahli yang berstatus Diamond.
Contoh:
Jika Leadership Pool Bonus untuk tempoh 3 hari Spin adalah $100,000, setiap Diamond akan berkongsi jumlah $20,000 ( 20% ). Jika ada 2 Diamond, maka setiap orang mendapat $10,000 setiap 3 hari atau $100,000 sebulan.


Upper Diamond Leadership Pool Bonus

Pengumuman sebenar tentang ini cuma akan dibuat setelah ada ahli yang berjaya mencapai pangkat berkenaan. Syarat dan kelayakan akan ditentukan dan diprogramkan sebaik baiknya sebelum diumum kepada semua. Antara pangkat pangkat tersebut ialah DOUBLE DIAMONDTRIPLE DIAMOND dan CROWN DIAMOND.

CARA MENDAFTAR 

 

No comments:

Post a Comment